Bahan-bahan ( 2 adunan kecil )
4 biji putih telor ayam
3/4 cawan gula castor
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh cuka makan
1/2 sudu teh esen vanila
bahan-bahan topping :
Secawan @ 250 ml whipping cream
hiasan : saya guna anggur n mangga
Cara-cara
1. Sebelum menyiapkan adunan, sila panaskan oven terlebih dahulu dgn kadar kepanasan
140 darjah celsius.. guna api bawah
2. Pastu bila nak start masak baru turunkan suhu antara 120 -100 darjah celsius.. saya
guna suhu 110 darjah celsius
3. Mula2, asingkan dulu putih telor dgn kuning telor.. kita ambik yg putih telor aje
4. Kemudian, putar putih telor pada kelajuan tinggi terus dan pukul sampai putih telor
tu gebu (nak tau dia soft peaks ke tak, bila korang telangkupkan mangkuk tu, putih
telor tu takkan jatuh)
5. Langkah seterusnya, dgn kelajuan tinggi jugak, kita masukkan gula kastor sedikit demi
sedikit.. Jgn berhenti putar tau.. sambil masukkan gula sambil putar
6. Putar sampai kental.. dlm keadaan mixer masih berputar, masukkan 1 sudu besar
tepung jagung td ke dalam adunan tersebut.. putar lg 3 minit.. Hasil adunan atau pun
lebih di kenali dgn " meringue"
7. Dengan menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila td
8. Pastu kaup balikkan meringue tersebut sampai adunan sebati.. kaup balik dgn
perlahan saje.. kalau boleh pusingan spatula tu satu arah je.
9. Seterusnya.. sediakan dulang pembakar, lapikkan dgn kertas minyak.. dan tuang
adunan td ke atasnya
10. Make sure masa bentukkan adunan tu, jgn buat terlalu tebal atau terlalu nipis.. kalau
boleh keliling dia lebih tinggi dr tengah.
11. Pastu masukkan ke dlm oven.. letak kat rak tengah2.. suhu antara 120 - 100 darjah
celsius.. bakar selama 1 jam 15 minit bergantung pd jenis oven
12. Bila dah cukup 1 jam 15 minit, jangan keluarkan pavlova tu dr oven.. biar jap sejuk
dlm oven tu dgn keadaan pintu oven sedikit renggang bg elakkan pavlova tu merekah.
13. Topping : Putar whipping cream dgn kelajuan tinggi.. putar sampai kental..
14. toppingkan krim di atas pavlova dan hiaslah dgn buah2an mengikut kreativiti anda..
ni klu da siap buat dan siap di mkn...hehe...
sedap jom test...
selamat menjamu selera...
yummy...
tata...jumpa lg...